realme Lancar Telefon 5G Mampu Milik Di China, Harga Bawah ~RM1000

Seperti yang dijangka, telefon 5G akan menjadi satu perkara biasa dalam mana-mana telefon yang bakal tiba tahun ini.

realme hari ini telah melancarkan telefon 5G mampu milik untuk pasaran China iaitu realme V11 5G.

Telefon ini dilengkapi skrin bersaiz 6.52 inci menggunakan panel IPS LCD yang menawarkan resolusi 720x1600 (HD+) bersama-sama kamera hadapan dengan rekaan takuk waterdrop.

Didalam, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 700 serta dipadankan RAM 4GB dan 128GB storan atau RAM 6GB dan 128GB storan. Turut menyokong kad mikroSD bagi storan tambahan.



Belakang telefon ini terdapat tetapan dwi-kamera yang mana kamera utama 13MP dan 2MP depth. Fungsi face unlock dan imbasan cap jari pada bahagian sisi telefon juga disertakan.

realme V11 5G akan menjalankan sistem operasi Android 11 dan bateri yang dimuatkan adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Vibrant Blue dan Quiet Grey.

Harga jualan untuk varian RAM 4GB adalah 1199 yuan (~RM754) sementara varian 6GB adalah 1399 yuan (~RM880). Buat masa kini, ia hanya dijual buat pasaran China dan belum pasti sama ada akan hadir di Malaysia atau tidak.

Sumber: gizmochina