Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme Kini Jenama Nombor 3 Di Pasaran Malaysia

Realme Kini Jenama Nombor 3 Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan September 2, 2020 · Dikemas kini September 2, 2020 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan data dari servis Counterpoint Research Market Monitor, realme merupakan jenama yang terus meningkat naik apabila jenama tersebut berada di tempat ketiga dalam pasaran peranti di Malaysia.

Realme Malaysia meneruskannya dengan berturut-turut apabila pertumbuhan year-over-year (YoY) mencecah hingga 700% dan mempunyai 15% pegangan pasaran pada suku kedua tahun 2020.

Visual 1

Di Malaysia, realme telah mengatasi jenama lain seperti Apple, Xiaomi dan Oppo. Pencapaian ini juga adalah hasil daripada rakan kongsi e-dagang Lazada dan Shopee.

Namun begitu, ia berlainan dengan laporan sebelum ini yang dikeluarkan oleh Canalys. realme langsung tidak tersenarai dalam lima pengeluar teratas bagi pasaran tempatan untuk suku kedua tahun 2020.

Visual 2 – Counterpoint

Dengan pertumbuhan ini juga menjadikan realme antara lima jenama yang menguasai pasaran Asia Tenggara. 4 lagi jenama lain adalah OPPO, Samsung, vivo, dan Xiaomi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY