realme Kini Hadir Dengan Berus Gigi Dan Penimbang - Berharga RM 199 Dan RM 99

realme Malaysia hari ini memperluaskan barisan produk mereka dengan melancarkan produk penjagaan diri iaitu realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.

realme M1 Sonic Electric Toothbrush




realme M1 Sonic Electric Toothbrush merupakan berus gigi elektrik yang dikuasakan motor. Ia dimuatkan dengan bateri sebesar 800mAh dan mampu bertahan sehingga 90 hari dengan sekali cas.

Turut hadir dengan pengecasan tanpa wayar serta mempunyai fungsi Last Memory Mode yang akan memberi tahu pengguna mod terakhir yang digunakan. Ia juga mempunyai penarafan kalis air IPX7.

Dijual pada tanda harga yang agak mahal iaitu RM 199. Anda boleh dapatkan berus gigi elektrik ini di Shopee dan akan menerima realme Buds Classic bagi setiap pembelian.

realme Smart Scale




realme Smart Scale merupakan penimbang pintar yang mempunyai sensor Bio-impedance Analysis (BIA) dimana ia berfungsi untuk memberi informasi kesihatan kepada pengguna.

Hadir dengan 16 jenis penilaian kesihatan seperti lemak dalam badan, BMI, denyutan jantung dan lain-lain. Ia juga mempunyai fungsi LightWeight Mode untuk menimbang barang seberat 0.05kg hingga 9.99kg.

Penimbang ini dimuatkan dengan empat bateri AAA serta Bluetooth 5.0 dan mampu bertahan sehingga satu tahun.

Ia dijual pada harga RM 99 sempena pelancarannya di Shopee pada 10 Oktober 2020 dan harga asalnya pula adalah RM 149.