realme M1 Sonic Electric Toothbrush
realme M1 Sonic Electric Toothbrush merupakan berus gigi elektrik yang dikuasakan motor. Ia dimuatkan dengan bateri sebesar 800mAh dan mampu bertahan sehingga 90 hari dengan sekali cas.
Turut hadir dengan pengecasan tanpa wayar serta mempunyai fungsi Last Memory Mode yang akan memberi tahu pengguna mod terakhir yang digunakan. Ia juga mempunyai penarafan kalis air IPX7.
Dijual pada tanda harga yang agak mahal iaitu RM 199. Anda boleh dapatkan berus gigi elektrik ini di Shopee dan akan menerima realme Buds Classic bagi setiap pembelian.
realme Smart Scale
realme Smart Scale merupakan penimbang pintar yang mempunyai sensor Bio-impedance Analysis (BIA) dimana ia berfungsi untuk memberi informasi kesihatan kepada pengguna.
Hadir dengan 16 jenis penilaian kesihatan seperti lemak dalam badan, BMI, denyutan jantung dan lain-lain. Ia juga mempunyai fungsi LightWeight Mode untuk menimbang barang seberat 0.05kg hingga 9.99kg.
Penimbang ini dimuatkan dengan empat bateri AAA serta Bluetooth 5.0 dan mampu bertahan sehingga satu tahun.
Ia dijual pada harga RM 99 sempena pelancarannya di Shopee pada 10 Oktober 2020 dan harga asalnya pula adalah RM 149.
Berkaitan
- realme 18W Power Bank Boleh Dibeli Secara Dalam Talian Bermula 27 Januari Ini
- Dua Smart TV 4K Xiaomi Bakal Tiba Di Malaysia Bulan Ini
- Selepas realme MagDart, OPPO Akan Tampil Dengan MagVOOC
- Siri AMD Ryzen 5000 Boleh Mula Dibeli Hari Ini, Harga Bermula RM1349
- realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789
- Dijangka Ini realme GT Neo3, Guna Dimensity 9000 Dan Fokus 'Gaming'
- Pengarah Xiaomi Menuduh realme Suka Tiru Mereka
- Pengguna Siri realme 8 Dah Boleh 'Download' RAM
- Hampir RM180 Bilion Dibelanja 'Mobile Gamers' Setakat Suku Pertama 2021
- 4 Peranti Audio Bowers & Wilkins Hadir Di Malaysia, Harga Bermula RM1699