Realme India Mengesahkan Model Realme 1, U1, C1 Dan Realme 2 Tidak Menerima Kemas Kini ColorOS 7 Dan Android 10

ColorOS 7 berplatfomkan Android 10.


Mungkin laporan ini tidak begitu menggembirakan kepada sebahagian pengguna model telefon pintar Realme. Ini kerana pihak Realme India mengesahkan peranti model Realme 1, U1, C1 dan Realme 2 tidak akan menerima kemas kini ColorOS 7 mahupun Android 10.

Pengesahan itu dibuat menerusi ciapan Twitter rasmi Realme India Support sebagai respon terhadap permintaan salah seorang pengguna mereka yang mahukan kemas kini terkini untuk peranti peranti tersebut.

https://twitter.com/realmecareIN/status/1200354676492734464?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1200354676492734464&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.xda-developers.com%2Frealme-1-u1-c1-and-realme-2-will-not-be-updated-to-coloros-7-and-android-10%2F

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa peranti Realme yang akan menerima kemas kini ColorOS 7 adalah pada tahun hadapan adalah bermula dengan model Realme 3 Pro dan Realme XT dalam bulan Januari nanti.

ColorOS7 dijangka akan memberikan prestasi grafik permainan yang lebih baik, antaramuka minimal dan lebih kemas dan lain-lain.

Sumber: The mobile Indian