Realme Capai Rekod Jadi Peranti Snapdragon 855+ No 1 Di Lazada

Sekali lagi realme memecah rekod bagi jualan produk mereka di Lazada pada jualan 12.12 pada tahun 2019.

Realme juga dinobatkan sebagai produk nombor 1 jualan terbaik bagi telefon pintar Snapdragon 855+ dan telefon pintar paling popular dengan kuad kamera.

Pada jualan tersebut, ramai rakyat Malaysia telah membeli realme 5, realme 5 pro, realme XT dan realme X2 Pro.



Jualan telefon pintar realme juga mencapai peningkatan sebanyak 159% berbanding dengan jualan 12.12 pada tahun 2018.

''Di Realme Malaysia, kami gembira dapat menerima sokongan hebat daripada peminat kami melalui jualan 12.12. Kami percaya dalam menawarkan produk inovatif akan dapat memenuhi gaya hidup dan permintaan pelanggan. Rakyat Malaysia boleh bergantung kepada kami kerana kami akan terus mejadi kompetitif, inovatif dan relevan kepada peminat kami''. Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Kepada yang terlepas peluang dengan tawaran 12.12 yang lalu, anda boleh klik di sini untuk terus membuat pembelian telefon pintar realme.

 

 

Berkaitan