Realme C2 Versi 2GB+32GB Akan Mula Ditawarkan Pada Ogos Ini Pada Harga RM399

Realme Malaysia sedia melancarkan Realme C2 pada pertengahan yang lalu dengan membawakan dua variasi untuk pasaran Malaysia.

Dua variasi tersebut adalah RAM 2GB+16GB storan serta RAM 3GB+32GB storan yang masing-masing dijual pada harga RM429 dan RM499. Bersempena meraikan kejayaan syarikat mencapai 10 juta pengguna baru-baru ini, Realme Malaysia akan mula menawarkan Realme C2 dengan RAM 2GB serta memori simpanan 32GB pada 14 Ogos kelak.



Tawaran hanya akan dibuat di platform beli belah dalam talian, Lazada sahaja dan ia diletakkan pada nilai RM399.

https://www.youtube.com/watch?v=x9_txBECWYI