https://www.youtube.com/watch?v=R58VIhQmPvk&ab_channel=realmeBangladesh
Kehadiran telefon pintar ini secara tidak langsung menjadikannya model paling berkuasa dalam siri C realme. Menariknya tentang realme C17, ia membawakan RAM besar, skrin dengan kadar segar semula tinggi, dan juga USB-C.
Sepertimana model-model "C" yang lain, realme C17 menawarkan rekaan plastik.
Skrinnya berukuran 6.5 inci HD+ IPS LCD serta kadar segar semula 90Hz. Pada bahagian skrin juga terletaknya kamera swafoto punch-holeĀ memuatkan sensor 8MP.
Ia juga turut dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass yang tidak dinyatakan versinya.
realme C17 dikuasakan oleh cip Snapdragon 460 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan juga storan dalaman 128GB berasaskan UFS 2.1. Terdapat juga slot hibrid microSD + dwi-SIM untuk tambahan storan atau penggunaan dua SIM sekaligus.
Panel belakang telefon dimuatkan dengan 4 lensa kamera iaitu 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan juga 2MP monokrom. Belakangnya juga turut menyertakan pengimbas cap jari tradisional.
Dengan USB-C, ia menjadi telefon pertama siri C realme dengan pengecasan ini. Bersama-sama dengannya, terdapat kapasiti 5,000mAh dan pengecasan 18W yang sudah menjadi norma untuk kebanyakan model-model dalam telefon pintar realme.
Antara ciri lain adalah telefon dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, dan juga Wi-Fi 5Ghz.
realme C17 dipasarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Navy Blue dan Lake Green dengan harga sekitar BDT 15,990 (~RM778) di Bangladesh. Tidak diketahui sama ada telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.
Sumber: realme Bangladesh
Berkaitan
- Paparan 90Hz realme 6 Pro Hanya Setakat 60Hz Sahaja?
- realme 7 Dan 7 Pro Dilancarkan - Snapdragon 720G, Pembesar Suara Stereo, Pengecasan 65W, Dan Skrin AMOLED
- realme 7i Dilancarkan - Adik Kecil Siri realme 7 Dengan Cip Snapdragon 662 Dan Paparan 90Hz
- Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming
- Anda Boleh Memiliki realme Smart TV Mulai 22 Disember Ini - Harga Potongan Bermula RM699
- realme X7 Dan X7 Pro Kini Rasmi - Dijana Cip MediaTek Dimensity 1000+, Paparan 120Hz, Dan Bateri 4,500mAh
- realme Buds Classic Diperkenalkan - Fon Telinga Berwayar Berharga Sekitar RM22
- realme Watch S Pro Dengan Skrin AMOLED Bakal Tiba 23 Disember Ini
- Ini Perbandingan Antara realme C11, realme C12, Dan realme C3
- realme Melancarkan Smart TV SLED 4K - TV Pertama Dengan Teknologi SLED