realme C11 Dengan Varian 3GB/32GB Ditawarkan Pada Harga RM479

realme C11 bukanlah peranti baharu kerana ia sememangnya telah diperkenalkan dalam pasaran Malaysia pada Jun lalu. Terkini, realme membawakan realme C11 dengan varian RAM yang lebih besar.



Jika sebelum ini ia ditawarkan dengan RAM 2GB+32GB storan dalaman, realme pada kali ini menawarkan varian RAM 3GB+32GB storan dalaman.

Dari segi spesifikasi lain, ia masih lagi menggunakan cip MediaTek Helio G35 dengan skrin paparan 6.5 inci. Ia dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh, padanan Android 10 dan realmeUI.

Untuk tetapan kamera, realme C11 hadir dengan dwi kamera belakang terdiri daripada lensa utama 13MP (f/2.2) serta lensa potret 2MP (f/2.4). Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey.

realme C11 3GB RAM

realme C11 dengan varian 3GB/32GB diletakkan pada harga RM479. Peranti ini sudah boleh didapatkan melalui pra-tempahan dan akan tersedia melalui jualan luar talian bermula 15 Ogos ini melalui pengedar sah realme. Untuk pembelian dalam talian, realme C11 akan mula dijual pada 28 Ogos melalui Lazada (https://invol.co/clwklg).