realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Fon telinga tanpa wayar, realme Buds Wireless pertama kali menemui pembeli tempatan sekitar Oktober tahun lalu. Dijual pada harga RM149, ia kini dilihat bakal tampil dengan versi Pro.

Ini berikutan daripada pengesahan SIRIM beberapa hari lalu bagi sebuah fon telinga tanpa wayar dengan kod nama RMA208.



Difahamkan juga bahawa RMA208 terlebih dahulu menerima pensijilan oleh NCC di Taiwan sebelum ini, disertakan sekali bersama imej yang memperlihatkan ukuran produk berkenaan.



Rekaannya kelihatan sama seperti model terdahulu tetapi kini hadir dengan port USB-C serta beberapa tambah baik luaran yang lain.

Sumber: 91Mobiles