realme Buds Q Ditawarkan Pada Harga Promosi RM79 Sempena Jualan 12.12

Dilancarkan pada Jun lalu, realme Buds Q yang berharga RM129 kini ditawarkan pada harga promosi RM79 sempena jualan 12.12 yang akan berlangsung di Shopee.

harga murah realme Buds Q

Mengimbas spesifikasi, Buds Q dilengkapi sambungan pantas melalui cip R1Q, mempunyai sokongan Bluetooth 5.0 dan akses kawalan secara sentuhan. Fon telinga ini mampu bertahan sehingga 3 jam untuk satu pengecasan penuh dan 20 jam bagi penggunaan bersama kerangka. Dari segi ketahanan pula realme Bud Q dilengkapi dengan pensijilan IPX4.

Untuk mendapatkan realme Buds Q pada harga promosi RM79, pembelian boleh dilakukan melalui Shopee pada 12 Disember ini.

Selain Buds Q, anda juga boleh mendapatkan realme Buds Air dan Buds Air Neo pada harga promosi. Masing-masing ditawarkan pada harga RM169 (RRP: RM299) dan RM149 (RRP: RM199). Pembelian kedua-dua fon telinga ini juga boleh dilakukan pada 12 Disember nanti.

Bagi mengetahui lebih banyak produk realme pada harga promosi, layari kedai jualan rasmi realme di Shopee.