realme Buds Classic Diperkenalkan - Fon Telinga Berwayar Berharga Sekitar RM22

realme di India hari ini telah melancarkan realme C12 dan juga C15. Bersama-sama dua buah model itu, mereka juga turut mengumumkan sebuah fon telinga mampu milik berwayar iaitu realme Buds Classic.

Ia mempunyai rekaan ringkas plastik tanpa tip silikon dan dimuatkan dengan pemacu audio 14.2mm. Ia juga turut disertakan dengan butang kawalan untuk muzik dan sebuah mikrofon.

Realme Buds Classic earphones with half in-ear design launched for ...

Terdapat 2 pilihan warna realme Buds Classic iaitu hitam dan putih. Apa yang menarik adalah harga jualan yang rendah sekitar RM22.

Buat masa ini fon telinga ini hanya dipasarkan di India sahaja.