realme Buds Air Neo, Versi 'Adik' Buds Air Dengan Kualiti Audio Yang Tidak Menghampakan

Pada awal tahun ini, realme telah melancarkan realme Buds Air di Malaysia. Kini, realme telah hadir dengan produk baharu, realme Buds Air Neo yang telah dilancarkan pada 11 Jun lalu.

Berikutan itu, saya berpeluang untuk mencuba fon telinga ini selama beberapa hari dan ini reaksi awal saya mengenai realme Buds Air Neo.

Rekaan




Pertama kali memegang Buds Air Neo, saya hampir tidak dapat mengagak ia merupakan fon telinga terbaharu dari realme. Ini kerana rekaannya yang hampir sama seperti realme Buds Air, fon telinga True Wireless Stereo (TWS) pertama dari realme.

Dengan fon telinga yang menyerupai rekaan Airpods, ia lebih kemas dan tidak mudah jatuh apabila diletakkan di telinga berbanding fon telinga dengan tip silikon.

Bateri


Sama seperti realme Buds Air, ia boleh menjangkau sehingga 17 jam dengan penggunaan bersama pod pengecasan. Jika hanya menggunakan fon telinga sahaja, jangka hayat fon telinga ini boleh bertahan sehingga 3 jam bagi muzik.



Bagaimanapun, ia hanya didatangkan dengan port pengecasan micro-USB berbanding Buds Air yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Prestasi


Dari segi prestasi yang ditawarkan, ia adalah berbaloi bagi sebuah TWS. Untuk padanan kali pertama, hanya perlu membuka pod pengecas dan tekan butang kecil yang terdapat pada bahagian hadapan. Kawalan sentuhan yang ada pada Buds Air juga adalah lengkap bagi sebuah TWS.



Namun, sayang sekali apabila fungsi Wear Detection yang ada pada realme Buds Air tidak didatangkan pada Buds Air Neo. Melalui fungsi tersebut, ia mempunyai sensor yang mengesan pemakaian fon telinga dan jika fon telinga ditanggalkan.

Oleh itu, memainkan atau menghentikan muzik perlu dilakukan secara manual dengan menekan dua kali pada mana-mana fon telinga. Buds Air Neo juga tidak dilengkapi dengan mikrofon kedua untuk pembatalan hingar persekitaran bagi panggilan suara.

Boleh dikatakan, Buds Air Neo mungkin adalah fon telinga realme versi kurang berkuasa berbanding Buds Air.

Kualiti Audio




Kualiti audio yang dihasilkan tidaklah menghampakan. Terletak elok di telinga dan sedap didengar. Untuk mengaktifkan Super Low Latency, hanya perlu tekan dan biarkan dalam beberapa saat pada kedua-dua belah fon telinga, sehingga anda mendengar bunyi kereta yang dihidupkan.

Fungsi yang hanya tersedia pada mod gaming ini menjadikan permainan video dapat dimainkan dengan pengurangan latensi sehingga 51%. Menurut realme, latensi dengan mod gaming ini adalah pada 119.2ms sahaja. Ia menjadikan video dan audio lebih selari (sync) antara satu sama lain.

Harga jualan realme Buds Air Neo adalah RM199. Tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga lebih rendah pada RM149 pada 22 dan 23 Jun di Shopee.

Beli barangan realme dari:

Beli realme Watch: https://invol.co/cloxwo



Beli realme 10,000mAh Power Bank 2: https://invol.co/cloxwx



Beli realme Band: https://invol.co/cloxwt



Beli realme Buds Air Neo: https://invol.co/cloxx0