Realme Buds Air Habis Dijual 300 Unit Dalam Hanya 60 Saat

Sekitar seminggu yang lepas, realme Buds Air telah dilancarkan pada pasaran tempatan. Kini realme mengumumkan yang mana sejumlah 1000 unit fon telinga telah habis dijual dalam masa 28 minit. Jualan ini dijalankan secara dalam talian di Shopee pada 21 Januari.

Ia merupakan satu pencapaian yang besar untuk realme Malaysia, kerana jualan ini lebih tinggi berbanding aksesori yang lain. Realme Buds Air juga diiktiraf sebagai Best-selling True Wireless Stereo (TWS) dan juga jualan tertinggi bagi TWS pada platform Shopee.

realme buds air

"Kami sudah menganggap bahawa Realme Buds Air akan menjadi perhatian, apabila kami mengumumkan harga promosi Tahun Baru Cina dengan harga RM199 pada hari jualan pertama berbanding harga asal RM299. Walau bagaimanapun, untuk penghabisan jualan bagi kesemua stok dalam masa kurang daripada setengah jam kami benar tidak menyangka'', kata Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh.

realme buds air

Realme Buds Air ini mempunyai cip khas R1 dan boleh disambungkan kepada peranti lain menggunakan Bluetooth 5.0. Ia juga boleh bertahan sehingga 3 jam dan boleh menjangkau 17 jam dengan penggunaan bersama kerangka. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar, LED untuk status pengecasan/sambungan, serta USB-C untuk pengecasan berwayar.

Model ini menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik yang sedang dimainkan dan banyak lagi. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai reka bentuk ear canal yang sangat sesuai dengan telinga pengguna.