Dari segi rekaan, fon telinga ini kelihatan hampir sama seperti Buds Air Pro. Ia dikuasaka cip R2, di mana realme mengatakan fon telinga ini menawarkan 80% peningkatan jangka hayat bateri dan mengurangkan latensi 35% daripada pendahulunya.
Buds Air 2 turut dilengkapi pemacu 10mm dengan lapisan Diamond-like Carbon (DLC) untuk memberikan sokongan suara yang lebih jelas serta bass dan tindak balas frekuensi yang lebih baik.
Antara yang menjadi tumpuan adalah sokongan pembatalan hingar aktif (ANC), di mana ia tidak ditawarkan pada generasi pertama Buds Air. Menerusi ANC yang ditawarkan pada Buds Air 2, ia boleh mengurangkan bunyi bising sehingga 25dB dan sebagainya. Selain ANC, ia turut dimuatkan dengan sokongan pembatalan hingar persekitaran (ENC).
realme turut memperkenalkan mod Bass Boost+ baharu, yang dibangunkan dengan kolaborasi duo Chainsmokers. Sebagai tambahan, realme menambah dua preset baharu pada aplikasi realme Link iaitu Dynamic dan Bright.
Antara lainnya termasuk kawalan melalui sentuhan, dwi-mikrofon, sokongan Smart Wear Detection, penarafan IPX5, Bluetooth 5.2 serta naik taraf Game Mode dengan latensi sehingga 88ms.
Untuk jangka hayat bateri, Buds Air 2 mempunyai ketahanan sehingga 5 jam bagi satu pengecasan penuh dan 25 jam bagi penggunaan bersama kerangka pengecasan.
Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Black dan White. Untuk harga, Buds Air 2 ditawarkan pada harga ₹3,299 (~RM184). Buat masa ini, belum diketahui bila ia akan tiba untuk pasaran tempatan.
Sumber: realme via GSMArena
Berkaitan
- Imej Pengecas realme 240W Tertiris, Mungkin Hadir Bersama GT Neo 5
- realme C12 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Berharga RM529
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- Rekaan realme Q2 Pro Didedahkan, Hadir Dengan Kuad Kamera Belakang
- realme C25 Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Cip Helio G70 Dan Bateri 6000mAh
- realme Sahkan GT Neo 5 Adalah Peranti Pertama Dengan Pengecasan Pantas 240W
- realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000
- realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB
- realme Umum Tarikh Pelancaran realme C21 Untuk Pasaran Malaysia
- realme UI 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 September Ini