realme sebentar tadi telah rasmi melancarkan komputer riba pertama mereka realme Book Slim. Melaluinya, realme mengikuti jenama seperti Xiaomi, HONOR serta Huawei dalam penawaran komputer riba.
Sesuai dengan namanya, perkataan ‘Slim’ digunakan untuk menjadi pesaing terus dengan rekaan yang ditampilkan Apple menerusi MacBook Air.
realme Book (Slim) mempunyai berat sekitar 1.38kg dengan ketebalan 14.9mm. Hadir dengan skrin berukuran 14 inci dengan resolusi 2K panel IPS dan kecerahan 400 nits.
Selain itu, paparannya juga bernisbah 3:2 dengan keluasan paparan 90% (screen-to-body) dan gamut warna 100% sRGB.
Di dalamnya terbina cip pemproses Intel Core i3/i5 Gen-11 bersama padanan grafik Intel Iris XE (i5) atau Intel UHD (i3). Turut dilengkapi memori 8GB RAM serta storan dalaman 256GB atau 512GB.
Komputer riba ini juga mempunyai port Thunderbolt 4 (varian i5) untuk mengecas yang mana realme mendakwa pengecas 65W mereka mampu mengecas 50% bateri dalam masa 30 minit.
Spesifikasi lain termasuk WiFi 6 (varian i5), pengimbas cap jari pada butang kuasa, dua pembesar suara Harman yang menyokong audio DTS, dwi-kipas untuk sistem penyejukan dan sistem operasi Windows 10 serta fungsi PC Connect bagi menghubungkan telefon dengan komputer.
realme Book (Slim) ini ditawarkan pada harga 44999 rupee (~RM2566) untuk varian Intel Core i3 bersama 8/256GB dan 56999 rupee (~RM3250) bagi varian Intel Core i5 dengan 8/512GB.
Seperti biasa, kita perlu nantikan penguguman oleh pihak realme Malaysia sama ada ia ditawarkan buat pasaran tempatan atau tidak.
Sumber: Madhav Sheth
Baca juga: