Realme dan Mobile2Go Terima 'Malaysia Book of Records', Pokok Krismas Telefon Pintar Tertinggi Di Malaysia

Baru-baru ini realme Malaysia telah dianugerahkan ''Malaysia Book of Records'' dengan membina pokok krismas yang tertinggi menggunakan kotak telefon bimbit mereka.

book of records

Dalam usaha ini juga realme bekerjasama dengan Mobile 2 Go dalam menghasilkan pokok krismas setinggi 6.35 meter ini. Pokok tersebut mengambil masa 7 hari untuk disiapkan dengan melibatkan sebanyak 1645 kotak telefon bimbit.

pokok krismas realme

Struktur sokongan untuk pokok krismas itu terdiri daripada bata untuk asas, pemegang kurung, batang besi sebagai pemegang struktur dan alatan yang lain. Kira-kira 20 orang yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Pertunjukan pokok krismas ini diadakan bermula 2 Januari sehingga minggu kedua Januari 2020, bertempat di cawangan Petaling Jaya, Mobile2Go.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman Facebook rasmi realme Malaysia dan mobile2go