Antara perkhabaran terbaru yang menjadi tumpuan adalah TV pintar yang dijangka pengumumannya dibuat pada acara MWC 2020. Ini adalah berdasarkan ciapan daripada Ketua Pegawai Pemasaran realme Mobiles, Francis Wang yang menjawab pertanyaan peminat.
U gonna hear something exciting abt TV on MWC! #realmeForEveryIndian
— Francis Wang (@FrancisRealme) February 1, 2020
Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsikan oleh Wang berkenaan dengan TV tersebut. Untuk makluman, berdasarkan temuramah kami bersama realme pada awal Januari yang lalu, syarikat itu mahu meneroka penawaran Internet Kebendaan (IoT).
Kita boleh menjangkakan lebih banyak produk berteraskan IoT pada tahun ini seperti aksesori audio, gelang tangan pintar, dan TV. Ia memfokuskan kepada situasi penggunaan individu serta keluarga.
Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia? Tidak dapat dipastikan lagi tetapi berdasarkan penawaran peranti sedia ada, realme mungkin ada perancangan tersebut.
Berkaitan
- Cara Semak Baki Akaun ASNB Menerusi Aplikasi Maybank2u Dan ATM
- Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal
- Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite
- Apple Watch Series 5 Punyai Ciri Always On Display
- Tiada Lagi Sokongan Evernote Bagi Peranti Blackberry Dan Windows Phone
- Ciri DeX Pada Samsung Galaxy Note 9 Lebih Baik Dari Keluaran Lepas
- Pelajar 12 Tahun Dari Perlis Harumkan Nama Malaysia Dengan Memenangi Pertandingan Kreativiti Penciptaan Sedunia
- Google AI Temui Planet Ke-8 Diluar Sistem Solar
- LG Display Pertontonkan Skrin OLED 8K Dengan Sokongan Audio Dolby Atmos Terbina
- Untuk Elak Kecelaruan Maklumat, YouTube Sediakan Ruangan Informasi Untuk Pengguna