Realme Bakal Menggunakan Kamera Terangkat Pada Model Realme X

Reading Time: 1 minute

Terdahulu, dua buah model dengan nombor kod RMX1851 dan RMX1901 telah terlihat melepasi pengesahan dari badan kawan selia China, TEENA.

Difahamkan, RMX1851 merupakan model Realme 3 Pro yang telah dilancarkan minggu lalu di India dan sebuah lagi, RMX1901 bakal dikenali sebagai Realme X. Nama ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran Realme, Xu Qi pada akaun Weibo beliau. Selain itu, akaun Weibo Realme turut berkongsi video lagu baru realme dan juga memperlihatkan peranti yang masih belum dilancarkan itu.


Bakal membawakan rekaan skrin paparan penuh, ia adalah dari hasil penggunaan kamera swafoto terangkat, mengikuti tren yang semakin popular dalam kalangan pengeluar sekarang.

Spesifikasi yang dibawakan oleh Realme X masih samar-samar dan berkemungkinan hadir dengan skrin 6.5 inci FHD+, kamera swafoto terangkat 16MP, dwi kamera belakang, serta bateri 3680mAh.

Realme X dijangka akan membuat kemunculan bersama-sama Realme 3 Pro di China pada bulan Mei ini.

Sumber: GSMArena

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *