realme Umum TV Pertama Mereka Yang Gunakan Teknologi SLED

realme baru-baru ini mengumumkan TV pintar pertama di dunia yang menggunakan teknologi SLED.

Ini merupakan satu teknologi yang baru diperkenalkan realme dan memberikan satu alternatif lain bagi paparan menggunakan teknologi berdasarkan Quantum Dot (QLED).



Apakah itu teknologi SLED? Menurut realme, paparan daripada SLED terhasil daripada lampu belakang yang menggunakan led merah, hijau dan biru.



Ini merupakan perbezaan yang terdapat pada paparan yang menggunakan QLED dimana Quantum Dot menyerap lampu biru tersebut dan ia juga akan menghasilkan cahaya biru yang banyak seterusnya memberikan kesan yang tidak baik pada mata.



Teknologi SLED ini akan melakukan debut pertamanya pada TV pintar yang bersaiz 55 inci dengan resolusi 4K serta paparannya mampu memaparkan 108% warna dalam gamut NTSC.

Buat masa ini realme masih belum mengumumkan harga bagi TV ini. Dengan pengumuman ini juga, ia akan memberikan persaingan terhadap TV seperti Samsung.

Sumber: realme