Pertandingan tersebut telah disertai seramai 300 orang dalam masa tiga hari. Lima pemenang bertuah akan dipilih sebagai pemenang dan mendapat telefon pintar keluaran realme yang terbaru iaitu realme 6.
Kini, disebabkan tempoh PKP tersebut dilanjutkan sehingga 14 April, maka realme Malaysia turut melanjutkan tempoh penyertaan kempen sehingga 3 April ini dengan tiga pertandingan yang berlainan. Pertandingan tersebut adalah #NoodleforREAL, #SwagforREAL dan #FitforREAL.
#NoodlefoREAL
Bagi pertandingan ini peserta perlu menunjukkan bakat memasak mi mereka yang paling kreatif dan muat naik gambar tersebut di laman Instagram beserta tanda pagar #NoodleforREAL. 30 pemenang yang bertuah bakal mendapat baucer GrabFood bernilai RM30. Pertandingan sah sehingga 31 Mac 2020.
#SwagforREAL
Peserta perlu muat naik gambar yang menarik dan cantik di laman Instagram beserta #SwagforREAL. 30 pemenang yang kreatif akan dipilih dan bakal mendapat baucer GrabFood bernilai RM 30. Tempoh penyertaan bermula 28 Mac sehingga 1 April ini.
#FitforREAL
Walaupun berada di rumah, kita tetap boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman. realme Malaysia menganjurkan pertandingan #FitforREAL untuk memilih 30 video penyertaan yang kreatif. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlu muat naik video senaman anda beserta #FitforREAL di laman Instagram. Pemenang bertuah bakal mendapat baucer GrabFood yang bernilai RM 30. Tempoh peraduan bermula 30 Mac sehingga 3 April.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, anda boleh ikuti di laman Instagram realme Malaysia.
Berkaitan
- realme X2 Pro Master Edition Menangi Anugerah Kategori Reka Bentuk Produk Terbaik
- realme 5i VS Samsung Galaxy A20s : Pertembungan Kelas Permulaan
- Siri OPPO Find X2 Bakal Lancar Di Malaysia Pada 10 Mac Ini
- Tonton Siaran Langsung Facebook Vivo Malaysia Untuk Mendapatkan Tawaran Telefon Pintar Yang Menarik
- Shopee Masih Beroperasi Seperti Biasa Dalam Menyediakan Keperluan Rakyat Malaysia
- Siri Huawei P40, MatePad Pro, Dan Watch GT 2e Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April Ini
- Perbandingan realme Buds Air vs Samsung Galaxy Buds
- Mari Dengar Lagu Haa Tepok Versi Realme
- OPPO A91 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
- Samsung Malaysia Membuka Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dengan Harga RM 5,888 Pada Hari Ini Sahaja