Realme Akan Paparkan Iklan Dalam Peranti

Pengguna realme di India akan "disajikan" dengan iklan.

Peranti dengan spesifikasi baik ditambah lagi dengan harga jualan yang murah, memang dambaan pengguna diluar sana. Namun, pengeluar terpaksa memaparkan iklan pada sistem peranti bagi menjana keuntungan dalam meneruskan penawaran berbaloi tersebut.

Salah satu pengeluar yang akan mula memaparkan iklan dalam sistem adalah realme. Melalui pemberitahuan yang dibuat, jenama yang semakin meningkat naik itu akan memperkenalkan iklan dalam sistem pada peranti di pasaran India.

Menurut realme, peranti yang dioperasikan oleh ColorOS 6 dan keatas akan menerima kemaskini yang selanjutnya akan mengaktifkan "commercial content recommendation".

Walaupunbegitu, paparan iklan dalam sistem antaramuka peranti itu boleh dinyahaktifkan dengan cara yang mudah. Pengguna hanya perlu pergi ke bahagian Settings> Additional Settings> Content Recommendation, seterusnya mematikan ciri itu dengan satu klik sahaja.

realme iklan

Langkah memaparkan iklan dalam peranti ini dibuat realme dengan alasan bagi memberi lebih banyak penawaran menarik kepada pengguna. Disamping itu ia bertujuan untuk mengekalkan model perniagaan yang lebih kukuh.

Sumber: realme