realme Akan Mengadakan Kejohanan PUBG Mobile Dengan Hadiah Wang Tunai Sehingga RM10,000

realme Malaysia akan menganjurkan kejohanan e-sukan PUBG Mobile bersempena kempen #stayREALathome bagi mendorong rakyat Malaysia untuk terus berada di rumah dan mengambil peluang ini untuk menyertai kejohanan permainan tersebut.



Melalui kejohanan PUBG Mobile ini, realme menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000. Kejohanan ini akan berlangsung mulai 28 April hingga 30 April 2020.

realme PUBG

Dalam pada itu, realme akan turut berkolaborasi dengan beberapa rakan penstriman rasmi bagi menyediakan peluang kepada pemain dengan kemahiran yang dimiliki oleh mereka dalam permainan PUBG Mobile.

Kejohanan selama tiga hari ini dijangka dapat menarik minat pemain permainan mudah alih di seluruh negara untuk menyertainya dan seterusnya mencari juara bagi realme 6 Tournament.

Pendaftaran bagi realme 6 Tournament telah dibuka bermula hari ini sehingga 27 April. Bagi pemain yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Setelah itu, realme akan memaklumkan kepada peserta yang telah disenarai pendek. Kejohanan akan bermula dengan 64 pusingan kelayakan iaitu pusingan pertama bermula pada 28 April 2020 jam 10.30 pagi dan berakhir dengan 6 pusingan akhir pada 30 April 2020.

Kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung di Facebook realme Malaysia dan rakan penstriman rasmi realme.