Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme MagDart

realme Akan Melancarkan MagDart Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan Julai 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam kami melaporkan bahawa realme mengesahkan kehadiran pengecas magnetik tanpa wayar yang dinamakan sebagai MagDart.

Kini, mereka tidak perlu menunggu lama kerana realme menjadualkan acara pada 3 Ogos untuk memperkenalkan teknologi pengecas magnetik tanpa wayar itu dan ia adalah pertama dalam mana-mana peranti Android.

realme MagDart_

Berdasarkan yang dikongsikan gizmochina, MagDart ini akan ditawarkan dua varian yang satu lebih nipis dan satu lagi lebih tebal berbentuk kotak. Dikatakan pengecas magnetik tanpa wayar itu lebih pantas daripada Apple tawarkan.

realme Flash

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif realme juga menyertakan tanda pagar #realmeFlash. Bermakna, kita bakal lihat sebuah telefon pintar pertama mereka yang menyokong MagDart seperti mana yang didedahkan gsmarena.

Walau apa pun, dijangkakan pengecas serta peranti tersebut akan tiba buat pasaran tempatan memandangkan realme Malaysia telah mengacah poster yang serupa.

Sumber: realme

Baca juga artikel berkaitan:

  • realme GT Master Edition Rasmi, Tampil Panel Belakang Yang Unik
  • Harga Komputer Riba Pertama realme Mungkin Mampu Milik
  • Xiaomi Buat ‘Comeback’, Mungkin Ini Rekaan Dan Spesifikasi Mi Pad 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY