realme 7i Akan Hadir Di Malaysia Pada 13 Oktober Ini

realme baru-baru ini mengumumkan peranti pintar terbaru mereka iaitu realme 7i yang merupakan peranti mampu milik bagi siri realme 7.

Ia hadir dengan paparan skrin 6.5 inci LCD beresolusi 720p HD. Turut menyokong kadar segar semula 90Hz. Pada bahagian hadapan, terdapat lensa swafoto 16MP dengan rekaan punch-hole.



Pada kamera belakang pula, terdapat 4 lensa dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP makro.

Peranti ini dijana menggunakan cip pemproses SnapDragon 662 dengan RAM 8GB serta storan dalam 128GB. Bagi kapasiti bateri pula, ia dimuatkan dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

realme 7i akan hadir buat pasaran Malaysia pada minggu hadapan iaitu 13 Oktober 2020 dan realme turut akan mengumumkan harga jualan peranti ini.

Buat anda yang berminat, anda boleh tonton siaran langsung pelancaran ini di Facebook realme minggu hadapan pada hari selasa, 12 tengah hari.