Seperti yang diketahui, model 'i' untuk sesuatu siri realme adalah merupakan model paling asas dalam siri tersebut. Jadi secara tidak langsung, realme 7i ini bakal menjadi telefon dalam siri realme 7 yang paling mampu milik.
Menurut sumber dari Indonesia, realme 7i bakal menggunakan rekaan baharu dan juga spesifikasi lebih dipertingkatkan berbanding realme 6i.
Bahagian modul belakang kini telah direka berbentuk petak manakala kali ini realme menyertakan kamera berlubang pula pada panel hadapan.
Untuk kamera, ia akan mempunyai tetapan 4 kamera belakang gabungan 64MP+8MP+2MP+2MP manakala swafoto pula pada 16MP.
Menariknya, panel paparan adalah menggunakan kadar segar semula 90Hz namun pada resolusi HD+ sahaja.
Antara lainnya adalah penggunaan cip Snapdragon 662 serta 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Kapasiti bateri adalah seperti pada realme 7 iaitu 5,000mAh, namun hanya sepantas 18W. Untuk kelasnya, ia masih lagi laju berbanding hanya 10W sahaja.
Melalui realme Indonesia, realme 7i akan dilancarkan pada 17 September ini iaitu sekitar kurang 2 minggu sahaja dari sekarang.
Sumber: realme Indonesia, gadgetfight.id
Berkaitan
- Ujian Prestasi MediaTek Helio G70 Pada realme C3 Mendapati Ia Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 665
- HONOR Band 6 Kini Lebih Elegan Dengan Skrin Penuh AMOLED 1.47 Inci
- Gigabyte Memperkenalkan Fon Telinga Gaming AORUS H1 Dilengkapi Pemacu 50mm Dan Audio 7.1
- Hari Ini Sahaja - realme X3 SuperZoom Dijual Di Lazada Serendah RM1,399
- iPhone 12 Dimuatkan Dengan Bateri Berkapasiti 2815mAh, iPhone 12 mini Pula Hanya 2227mAh
- Kamera vivo Y76 5G Dengan 50MP, Cantik Tetapi Bersyarat
- realme Watch S Pro Dengan Skrin AMOLED Bakal Tiba 23 Disember Ini
- realme C11 Hanya Serendah RM399 - Penawaran Sehingga 31 Ogos Ini
- Apple Watch Series 6 Dijual Bermula RM1749, SE Pula Bermula RM1199 - Boleh Mula Dibeli Hari Ini
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700