realme 7i Akan Diumumkan 17 September, Hadir Dengan Snapdragon 662 Dan Panel 90Hz

Peminat realme masih lagi tidak berhenti bercakap mengenai kehadiran realme 7 dan realme 7 Pro, kini realme bakal menambah lagi topik perbincangan dengan menambah model realme 7i pula.

Seperti yang diketahui, model 'i' untuk sesuatu siri realme adalah merupakan model paling asas dalam siri tersebut. Jadi secara tidak langsung, realme 7i ini bakal menjadi telefon dalam siri realme 7 yang paling mampu milik.

Menurut sumber dari Indonesia, realme 7i bakal menggunakan rekaan baharu dan juga spesifikasi lebih dipertingkatkan berbanding realme 6i.



Bahagian modul belakang kini telah direka berbentuk petak manakala kali ini realme menyertakan kamera berlubang pula pada panel hadapan.

Untuk kamera, ia akan mempunyai tetapan 4 kamera belakang gabungan 64MP+8MP+2MP+2MP manakala swafoto pula pada 16MP.

Menariknya, panel paparan adalah menggunakan kadar segar semula 90Hz namun pada resolusi HD+ sahaja.

Antara lainnya adalah penggunaan cip Snapdragon 662 serta 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Kapasiti bateri adalah seperti pada realme 7 iaitu 5,000mAh, namun hanya sepantas 18W. Untuk kelasnya, ia masih lagi laju berbanding hanya 10W sahaja.



Melalui realme Indonesia, realme 7i akan dilancarkan pada 17 September ini iaitu sekitar kurang 2 minggu sahaja dari sekarang.

Sumber: realme Indonesia, gadgetfight.id