realme 7 Pro Special Edition Hadir Dengan Vegan Micrograin Leather, Akan Mula Dijual Pada 28 Oktober Ini

realme kini dilihat terus berinovasi dalam menghasilkan telefon pintar melalui reka bentuk, warna, proses dan penggunaan bahan yang lebih baik. Terbaru, realme telah memperkenalkan realme 7 Pro Special Edition.

Menggunakan Vegan Micrograin Leather yang melapisi panel belakang peranti, realme menyatakan kemasan ini adalah berasaskan bahan mesra alam serta mempunyai ketahanan lebih baik.



Diinspirasikan daripada keindahan matahari terbit, Mirror Design pada realme 7 Pro SE menunjukkan cara baru dengan menerapkan split design yang biasanya digunakan dalam industri fesyen. Ia bertujuan bagi memberikan kesan visual yang elegan dengan rasa sentuhan mewah.



Sebagai tambahan, dengan ketebalan Vegan Micrograin Leather hanya 0.4mm, ia turut memastikan binaan 7 Pro SE adalah nipis dan ringan serta dalam masa yang sama berjaya menghasilkan rekaan yang baharu.

Dari kulit hingga produk akhir, realme 7 Pro SE telah melalui 14 proses pembuatan yang teliti termasuk pemotongan, jahitan, penekanan sejuk dan panas (cold and hot pressing). Tidak seperti bahan pelindung panel belakang biasa, penjuru kulit telah dikurangkan, dicat dan dijahit seperti barangan kulit yang lain.

realme 7 Pro Special Edition

Pada  masa yang sama, logo realme tidak lagi dicetak pada pelindung belakang. Sebaliknya, logo itu kini dibentuk secara berasingan, kemudian disadur dan dipotong CNC untuk memberikan metallic effect dan menggabungkannya ke permukaan kulit.

Spesifikasi


Imbas kembali spesifikasi, realme 7 Pro SE didatangkan dengan ciri yang sama seperti realme 7 Pro sedia ada. realme membawakan teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart yang mampu membuat pengisian penuh bagi bateri berkapasiti 4,500mAh hanya dalam masa 34 minit.



realme 7 Pro SE turut hadir dengan sistem kuad kamera 64MP utama. Lensa lain terdiri daripada 8MP ultra lebar. Memuatkan 4 lensa, sudah pasti ia menawarkan pelbagai filter AI bagi memberikan hasil rakaman gambar dan video dengan lebih baik. Antaranya adalah Night Filter seperti Cyberpunk, Flamingo serta Modern Gold.

Selain itu, terdapat mod AI Color Potrait yang boleh membezakan subjek utama dengan latar belakang. Kamera swafoto 32MP dengan algoritma AI juga dapat menonjolkan kecantikan semulajadi pengguna. Ditambah pula dengan penawaran mod Pro Nightscape, ia bukanlah suatu masalah walaupun bergambar dalam persekitaran yang gelap.

Tidak hanya terhad kepada wajah, pengguna juga boleh mempelbagaikan rakaman persekitaran waktu malam yang kini boleh dilakukan melalui mod Starry. Dengan itu, tidak lagi perlu bimbang untuk mendapatkan rakaman keindahan kerdipan bintang di waktu malam yang lebih baik.

realme 7 Pro Special Edition

Beralih ke perkakasan, berbanding LCD pada siri realme 6, peranti ini dinaiktaraf dengan skrin paparan Super AMOLED bersama resolusi FHD+. Berukuran 6.4 inci, ia memuatkan skrin paparan berlubang serta pengimbas cap jari di sebalik paparan, bukannya di sisi seperti pada realme 6.

Sebagai peranti paling berkuasa dalam realme 7 series, ia menjalankan Snapdragon 720G yang digandingkan bersama memori RAM 8GB dan 128GB storan.

Antara ciri lainnya adalah mempunyai dwi-pembesar suara stereo yang juga menyokong Dolby Atmos.

Harga


realme 7 Pro Special Edition

Menariknya, walaupun dengan naiktaraf kemasan Vegan Micrograin Leather, realme masih mengekalkan peranti ini pada tanda harga RM1499. Bagi anda yang ingin mendapatkan realme 7 Pro Special Edition dengan warna Horizon Orange, ia boleh dibeli melalui Shopee bermula 28 Oktober nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai penawaran lain, layari halaman Facebook realme Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia.