realme 7 5G - Model realme 7 Paling Berkuasa?

realme baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar terbaharu mereka dalam siri realme 7 iaitu realme 7 5G.



Apa yang menarik mengenai model terbaharu ini adalah ia merupakan model telefon realme 7 paling berkuasa dalam sirinya dan juga hadir dengan rangkaian 5G, sesuatu yang terbaharu untuk siri ini.

Cip MediaTek Dimensity 800U, Lebih Berkuasa


realme 7 5G dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 800U yang mana merupakan cip lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Snapdragon 765.

Apabila melihat kepada prestasi pada perisian ukur aras AnTuTu, boleh didapati bahawa cip Dimensity 800U peroleh markah mencecah 340,000 sedangkan Snapdragon 765 pada sekitar 286,000 sahaja.



Bukan itu sahaja, cip ini merupakan cip kelas pertengahan yang cukup berkuasa dan juga realme merupakan jenama pertama yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U ini di Malaysia.

Cip ini juga hadir dengan rangkaian 5G, ciri yang mesti dan wajib hadir untuk sesebuah telefon pintar kelas ini lagi-lagi menjelang 2021. Sebagai sebahagian dari penawaran realme, sudah tentu realme 7 5G boleh jadi antara telefon pintar dengan rangkaian 5G termurah di pasaran.



Rangkaian 5G pada realme 7 5G juga lebih memuaskan kerana ia dilengkapi dengan dwi-SIM sedia. Ini bermakna kedua-dua rangkaian telekomunikasi yang digunakan akan sedia 5G setiap masa bergantung kepada liputan yang diterima.

Skrin 120Hz Ultra Smooth Display Lebih Pantas


Dengan skrin 120Hz dan juga cip Dimensity 800U, pengalaman bermain permainan akan lebih responsif dan imersif.Secara tidak langsung, pengalaman menggunakan telefon akan lebih lancar dan memuaskan dengan kadar segar semula lebih tinggi.



Dari segi spesifikasi lain, realme 7 5G hadir dengan skrin 6.5 inci Full HD+, RAM 8GB dengan storan dalaman 128GB, kuad-kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan 30W.



Untuk pasaran Malaysia, realme 7 5G ditawarkan pada harga RM1,299 dan boleh dibeli mulai 18 Disember 2020 menerusi Lazada. realme turut menawarkan realme Hipster Pouch dengan badge Edisi Terhad realmeow serta jaminan tambahan selama 1 tahun.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia