realme 6i Akan Dilancarkan Melalui Acara Dalam Talian Pada 16 April Ini

Walaupun Malaysia kini dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), realme Malaysia mengumumkan untuk memperkenalkan siri baru realme 6i yang akan diadakan pada 16 April ini melalui acara dalam talian.



realme 6i dijana oleh cip Helio G80, iaitu pertama di dunia yang menggunakan cip ini dan dikatakan mampu memberi kualiti gambar yang lebih baik semasa bermain permainan video.

pelancaran realme 6i

Selain itu, realme 6i didatangkan dengan rekaan baru yang diilhamkan oleh Naoto Fukusawa dan menawarkan dua warna iaitu White Milk dan Green Tea. Pemilihan warna White Milk terinspirasi dari susu yang menjadikan peranti ini kelihatan sangat lembut dan halus. Manakala, warna Green Tea diinspirasikan dari warna alam.

Untuk maklumat lanjut mengenai realme 6i, nantikan pelancaran yang akan diadakan melalui penstriman langsung di Facebook realme Malaysia secara eksklusif pada 16 April 2020 jam 8:30 malam.