realme 6 Bakal Diperkenal Dengan Kuad Kamera 64MP Dan FlashCharge 32W

Hampir setiap bulan boleh dikatakan syarikat pengeluar telefon pintar realme akan mengeluarkan produk baru mereka. Pada Ogos tahun lalu, realme telah melancarkan realme 5 dan realme 5 Pro pada pasaran tempatan seterusnya diikuti oleh realme 5S dan realme 5i.

Menurut ciapan @realmemobiles, ura-ura mengatakan realme akan memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu realme 6. Siri 6 ini juga berkemungkinan akan hadir dengan dua variasi iaitu realme 6 dan realme 6 Pro.

https://twitter.com/realmemobiles/status/1232281590274961408

CEO realme India juga mula mengacah hasil gambar menggunakan kamera dari peranti realme 6 di laman Twitter beliau sendiri. Berdasarkan watermark pada gambar tersebut, realme 6 dilengkapi dengan Kuad Kamera 64MP. Selain itu, dikhabarkan peranti ini akan dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G90 dan pengecasan pantas 32W.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran serta spesifikasi penuh bagi peranti ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Twitter, GizChina