Melihat kepada spesifikasi realme 5i, ia dilihat sebagai realme 5 yang lebih murah. Spesifikasi utamanya sama sahaja namun berbeza dari kamera swafoto. Kamera swafoto realme 5i menggunakan sensor 8MP berbanding 13MP pada realme 5.
Terdapat kuad kamera dengan 12MP utama, 8MP ultralebar, 2MP lensa makro dan juga 2MP depth.
Untuk cip pemprosesan, ia menggunakan Snapdragon 665 dengan 2 pilihan konfigurasi memori - 3/32GB dan 4/64GB. Terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambahan storan.
Sebagai sebuah peranti kelas permulaan, peranti dimuatkan dengan skrin HD pada saiz paparan 6.5 inci dengan takuk kecil.
Peranti mempunyai bateri besar 5,000mAh yang dicas menggunakan pengecasan 10W. Namun, sayangnya ia masih menggunakan micro-USB.
realme 5i menjalankan Color OS 6.1 berasaskan Android Pie. Fungsi lain yang terdapat termasuklah bicu 3.5mm dan juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang.
Di Vietnam, ia dijual pada harga VND 3,700,000 (~RM652). Untuk pasaran Malaysia, harga masih belum diketahui namun menerusi Facebook realme Malaysia sendiri, peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Januari nanti.
Jika anda menantikan pilihan peranti dengan harga bajet, peranti ini mungkin kena dengan keperluan anda. Jadi, sama-samalah kita nantikan pelancaran realme 5i minggu hadapan.
Sumber: realme, Facebook realme
Berkaitan
- realme Watch S Diperkenalkan Dengan Rekaan Bulat Dan Pemantauan Oksigen Darah
- Siri realme X3 Akan Dilancarkan Di China 25 Mei Ini
- realme 7i Dilancarkan - Adik Kecil Siri realme 7 Dengan Cip Snapdragon 662 Dan Paparan 90Hz
- realme 6 Pro Dengan Snapdragon 720G Akan Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini
- realme 7i Akan Diumumkan 17 September, Hadir Dengan Snapdragon 662 Dan Panel 90Hz
- Ulasan realme C12: Sekelumit Naik Taraf Tidak Penting Berbanding realme C11
- realme C15 Dengan Bateri 6,000mAh Dijual Bermula RM599 Di Malaysia
- realme 5 Pro Dengan Warna Chroma White Ini Hanya Dijual Terhad 500 Unit Sahaja
- Versi Baharu realme C3 Dilancarkan - Tri-Kamera Belakang Dan Pengimbas Cap Jari
- realme X7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Meriah Seumpama Papan Tanda Bergerak