Lanjutan daripada itu, Realme Malaysia merakamkan penghargaan kepada peminat serta pemilik Realme 5 Pro dan turut berjanji akan membawakan lebih banyak penawaran menarik untuk pasaran tempatan.
Merupakan pengganti kepada Realme 3 dan Realme 3 Pro, edisi terbaru ini merupakan keluaran pertama Realme yang dilengkapi dengan sistem kuad kamera, gandingan lensa 48MP+8MP+2MP+2MP manakala lensa selfie pula digalas oleh kamera 16MP.
Pada bahagian dalaman pula, Realme 5 Pro dibekalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 712 beserta sistem memori RAM 8GB dan ruang simpanan 128GB. Tugas menyalurkan kuasa peranti pula diberikan kepada bateri 4035mAh yang dicas menggunakan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W. Realme 5 Pro ditawarkan dengan skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ dan ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Sparkling Blue sergta Crystal Green.
https://www.youtube.com/watch?v=6mO5HLszp4E
Dijual rasmi pada harga RM1099 untuk ulasan dari kami mengenai Realme 5 Pro, boleh tonton video diatas.
Berkaitan
- Korea Selatan Capai 1 Juta Pelanggan Bagi Rangkaian 5G
- PUBG Mobile Bakal Dipertandingkan Di Malaysia, Menawarkan Hadiah RM60,000
- Asus ZenFone 5Z Sudah Kelihatan Di Lazada, Harga Bawah RM 2000
- POCO X3 GT Akan Dilancarkan Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan
- Realme X Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 710 Serta Kamera 48MP
- Huawei Jalankan Program Tukar Bateri Untuk 19 Model Terpilih Pada Harga RM99
- Realme X2 Pro Akan Dilengkapi Super VOOC 50W, Cas Penuh Dalam Masa 31 Minit
- OPPO Reno3 Pro Diperkenalkan, Sokongan 5G Dan Paparan 90Hz
- Cara Pasang GCam Pada Asus Zenfone Max Pro M2
- #MWC2019 - Xiaomi Lancarkan Mi Mix 3 Versi 5G