realme 5 Pro Dengan Warna Chroma White Ini Hanya Dijual Terhad 500 Unit Sahaja

realme 5 Pro merupakan antara peranti yang mudah untuk disarankan pembeliannya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga. Ini adalah disebabkan spesifikasi dan harganya yang berpatutan.

Jika anda mahu membeli peranti ini tetapi masih menunggu masa yang sesuai, mungkin inilah masanya. realme Malaysia baru sahaja mengumumkan varian warna Chroma White realme 5 Pro baharu untuk peranti tersebut. Ia adalah bersempena dengan sambutan Hari Valentine yang bakal tiba tidak lama lagi.



Walau bagaimanapun, peranti hanya dijual dalam unit terhad sebanyak 500 unit sahaja. Jika anda mahu dapatkan varian warna ini, ia hanya boleh dibeli melalui Shopee pada 4 Februari ini pada harga RM999. Ia juga tidak dijual di mana-mana kedai fizikal realme Malaysia.



Dengan warna Chroma White ini, ia menambah koleksi kepada warna Sparkling Blue dan juga Crystal Green yang dijual sebelum ini . realme 5 Pro dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 712, dilengkapi dengan kuad kamera 48MP dan juga bateri sebesar 4,035mAh.

https://www.youtube.com/watch?v=6mO5HLszp4E

Berkaitan