Realme 5 Dengan 4 Kamera Dijadualkan Pelancarannya 20 Ogos

Setiap bulan ada sahaja peranti baru yang akan dilancarkan dan untuk Ogos ini, salah satu model yang akan membuat kemunculan rasmi adalah siri Realme 5.

Menjadualkan 20 Ogos ini sebagai tarikh pelancaran, ia dijangka hadir dengan beberapa variasi seperti Pro dan standard.



Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, pertaruhan terbaru Realme bakal didatangkan dengan keupayaan 4 kamera belakang terdiri daripada lensa utama, ultra lebar (119 darjah), depth, dan macro. Lensa yang sudah disahkan adalah 48MP Sony IMX 586.


Sebelum ini ada perkhabaran mengenai Realme mahu melancarkan peranti 4 kamera dengan lensa 64MP, menurut GSMArena ia mungkin hadir pada model yang lain dengan pelancaran mungkin dibuat sekitar Oktober depan.