realme 3 Pro Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Super Slo-Mo

Selepas memperlihatkan kualiti imej malam yang menawan, CEO Realme, Madhav Sheth melalui akaun Twitternya telah mengacahkan fungsi rakaman gerak perlahan Super Slo-Mo pada realme 3 Pro.

Untuk rekod, realme 2 Pro boleh membuat rakaman perlahan dengan kualiti 720p pada 240fps, dan ramai yang menjangkakan rakaman Super Slo-Mo pada realme 3 Pro kali ini ialah pada kualiti 720p@960fps.

https://twitter.com/MadhavSheth1/status/1117714954730258433

Ini merupakan fungsi ketiga bagi sistem kamera realme 3 Pro yang telah didedahkan selepas fungsi Nightscape dan Speed Shot. 

realme 3 Pro dijadual akan diperkenalkan pada 22 April ini di India dan ia semestinya dinanti-nantikan peminat selepas melihat apa yang ditawarkan pada realme 2 Pro sebelum ini.

Sumber: @MadhavSheth1