Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 14 Mei Depan

Penawaran terbaru Realme untuk tahun 2019 menerusi model Realme 3 sudahpun dilangsungkan pada Mac yang lalu.

Bakal menemani peranti itu, versi pro yang pertama kali dilancarkan di India minggu lalu akan muncul secara rasmi didalam pasaran tempatan tidak lama lagi.

Realme Malaysia telah menjadualkan 14 Mei 2019 sebagai tarikh pelancaran rasmi dan ia bakal bersaing dengan peranti pertengahan lain bersama spesifikasi yang boleh dikatakan menarik untuk dimiliki.



Singkap kembali pada spesifikasi Realme 3 Pro, ia membawakan skrin paparan 6.3 inci dengan resolusi FHD+, Snapdragon 710, dwi-kamera belakang 16MP+5MP dengan ciri Chroma Boost, Nightscape, Ultra HD dan lain-lain.

Kamera hadapan pula dipasang dengan lensa 25MP, RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/128GB. Realme 3 Pro dioperasikan dengan sistem Android Pie 9 bersama antaramuka ColorOS 6.0 dan dibekalkan dengan bateri 4045mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0.

Harga untuk pasaran tanah air masih belum diketahui lagi dan bagi anda yang mahu berteka-teki, Realme 3 Pro dijual di India pada harga bermula dari 13,999 rupee (~RM831) sehingga 16,999 rupee (~RM1009).