Realme 3 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 4 Mac Ini

Sejak beberapa hari lepas, kita dihidangkan dengan berita mengenai model terbaharu Realme iaitu Realme 3.

Terbaru, anak syarikat Oppo itu telah pun mengesahkan tarikh pelancaran rasmi bagi peranti berkenaan.

https://twitter.com/realmemobiles/status/1098844001476591616

Menurut kicauan yang dibuat oleh akaun Twitter @realmemobiles, peranti tersebut akan dilancarkan pada 4 Mac ini.

Selain itu, beberapa kicauan lain di akaun tersebut juga disertai dengan tanda pagar #PowerYourStyle, sedikit berbeza berbanding #PowerMeetsStyle yang digunapakai pada dua siri RealmeĀ  terdahulu.

https://twitter.com/realmemobiles/status/1098917481131986945

Apakah yang dimaksudkan dengan tanda pagar tersebut? Untuk mengetahui jawapannya, sama-sama kita nantikan acara pelancaran rasminya nanti.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh ketibaan peranti ini ke Malaysia telah diperolehi setakat ini.

 

Sumber: @realmemobiles