Realme 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Mac Ini

Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran India pada minggu lalu, keluaran terbaru dari sub-jenama OPPO, Realme 3 akan memasuki pasaran negara tidak lama lagi.

Acara pengenalan Realme 3 di Malaysia bakal dilangsungkan pada 21 Mac 2019, minggu hadapan.



Realme 3 membawakan spesifikasi seperti berikut;

  • Skrin paparan 6.2 inci HD+

  • MediaTek Helio P60 (P70 untuk pasaran India)

  • Dwi kamera belakang 13MP+12MP

  • Kamera swafoto 13MP

  • RAM 3GB/4GB

  • Storan 32GB/64GB

  • Bateri 4230mAh dengan pengecas 10W

  • ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie

  • Dynamic Black, Radiant Blue, Black




Bagi pasaran India, ia dijual pada harga  8999 rupee (~RM518) dan 10,999 rupee (~RM 633).

Apa-apa pun nantikan penawaran rasmi itu minggu hadapan.