Reaksi Awal TWS Joyroom : Fon Telinga Dengan Rekaan Seakan-Akan AirPods

Joyroom merupakan syarikat penghasilan aksesori-aksesori telefon pintar yang menarik. Kali ini, Joyroom hadir dengan TWS fon telinga tanpa wayar yang baharu.

Kami telah menerima 2 unit ulasan Joyroom fon telinga TWS yang berbeza model iaitu versi biasa (JR-TO3S) dan pro (JR-TO3S Pro).Di bawah adalah pandangan awal kami mengenai fon telinga ini.

BUKA KOTAK


Buka sahaja kotak anda akan melihat beberapa kandungan yang menarik dipersembahkan oleh Joyroom(JR-TO3S). Antaranya :

  • cable jenis lightning

  • pod pengecasan

  • sepasang fon telinga JR-TO3S

  • sarung pelindung

  • kad warranti merangkumi buku manual




Untuk versi Pro pula :

  • cable jenis lightning

  • pod pengecasan

  • sepasang fon telinga JR-TO3S Pro

  • sarung pelindung

  • kotak penyimpanan eartips

  • dua pasang eartips



REKAAN


Melihat pada rekaan pod pengesan, kedua-dua fon telinga ini berkongsi rekaan yang sama dan berwarna putih. Cuma, pada versi Pro, saiz pod pengecasan adalah lebih besar atau lebih sesuai dipangggil lebar berbanding versi biasa.

Di bahagian hadapan pod pengecasan ini, terletaknya nama Joyroom pada kedua-dua pod pengecasan ini dan satu lampu LED kecil. Pada bahagian belakang terdapat informasi fon telinga ini sendiri dan satu butang reset.



Di bahagian bawah hanya terdapat lubang slot pengecasan jenis lightning.



Untuk penutup pod pengecasan ini, ia menggunakan jenis magnet. Di bahagian dalam di mana tersimpannya fon telinga itu sendiri.

Untuk rekaan fon telinga ini sendiri, JR-TO3S merupakan rekaan jenis on ear manakala versi Pro pula adalah jenis in ear. Yang membezakan bentuk rekaan dari kedua-duanya adalah yang versi Pro mempunyai ear tips di mana yang versi biasa tiada.



Secara keseluruhan, rekaan TWS ini seakan-akan AirPods daripada Apple.

SPEKSIFIKASI


JR-TO3S dan JR-TO3S Pro didatangkan dengan sambungan Bluetooth versi 5.0. Selain itu, kedua-dua model ini mempunyai pelaras sesentuh pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan fon telinga itu sendiri.

tws joyroom

Dari segi ketahanan bateri, JR-TO3S mampu bertahan selama 3 jam manakala versi Pro menawarkan 5 jam penggunaan. Masa pengecasan untuk pod pengecasan adalah selama 1 jam.

Sebagai tambahan, kedua-model ini menyokong fungsi Active-Noise Canceling(ANC)

PRESTASI FON TELINGA


Kami dapat menggunakan kedua-dua model ini untuk beberapa ketika. Secara ringkasnya, JR-TO3S dan versi Pro dapat menghasilkan bunyi yang agak baik dan sedap untuk didengar.

tws joyroom

Cuma jika anda membuka pada paras bunyi yang tinggi, penghasilan bunyi akan terasa bingit.

KESIMPULAN


Untuk harga dalam lingkungan RM 300 ke bawah, banyak lagi fon telinga yang menjadi saingan untuk Joyroom.

tws joyroom

Apa yang boleh kami katakan dengan penggunaan yang seketika, prestasi dan kualiti audio yang dihasilkan oleh kedua-dua model ini amatlah memuaskan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi, kemampuan audio, latensi dan lain-lain, nantikan ulasan video yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Baca lagi : TWS Wiko