Reaksi Awal Infinity Tranz 700: Rupa Bukan Segalanya

Umum mengetahui, HARMAN merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam penghasilan produk audio dengan penawaran hasil bunyi yang lebih baik. Antara produk audio yang ditawarkan termasuk Infinity by HARMAN.

Baru-baru ini, kami berpeluang mencuba salah satu produk audio di bawah Infinity by HARMAN. Ditawarkan pada harga RM159, Infinity Tranz 700 adalah produk yang dimaksudkan dan di bawah ini merupakan reaksi awal kami mengenainya.

Buka Kotak




Setelah kotak dibuka, anda akan dihidangkan dengan kandungan seperti berikut:

  • 1 x Fon kepala Infinity Tranz 700

  • 1 x kabel pengecasan

  • Manual pengguna


Rekaan


reaksi Infinity Tranz 700

Melihat pada rekaan, tiada ciri premium yang ditampilkan pada fon kepala ini. Binaannya agak ringan dan merupakan dari jenis on-ear. Unit yang kami terima ini berwarna merah. Terdapat juga pilihan warna biru dan hitam.

reaksi Infinity Tranz 700

Pada sebelah kanan, terdapat butang kuasa yang juga berfungsi untuk memainkan dan menghentikan muzik, serta menjawab dan menamatkan panggilan. Turut diletakkan pada bahagian ini adalah indikator LED, pelaras kelantangan bunyi, mikrofon dan port pengecasan microUSB.

Namun, kualiti butang fizikal ini dilihat kurang kemas dengan kedengaran bunyi bising dari dalam apabila setiap kali ia ditekan.



Sementara itu, di bahagian kiri dibiarkan kosong tanpa sebarang peletakan butang. Pada bahagian atas terdapat pelaras untuk menetapkan saiz yang sesuai dengan kepala pendengar. Ia juga mempunyai pad telinga yang boleh dilipat.

Spesifikasi


reaksi Infinity Tranz 700

Infinity Tranz 700 dilengkapi pemacu bersaiz 32mm serta dwi-EQ dengan audio yang boleh ditetapkan sebagai Deep Bass atau Normal. Turut didatangkan pada fon kepala ini adalah sokongan sambungan Bluetooth 5.0 serta arahan suara Siri atau Google.

Dari segi ketahanan bateri, Infinity menyatakan fon kepala ini mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh. Masa pengecasan yang diambil adalah sekitar 2 jam melalui pengecasan microUSB.

Prestasi


reaksi Infinity Tranz 700

Setelah menggunakan fon kepala ini untuk beberapa ketika, boleh dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari apa yang kami jangkakan. Ia memberikan hasil audio yang agak baik, tidak terlalu bingit dan sedap didengar.

Kesimpulan


Bagi sebuah fon kepala dengan harga di bawah RM200, ia merupakan penawaran yang berbaloi dari Infinity by HARMAN. Untuk pandangan awal kami, kualiti audio yang dihasilkan berada pada tahap memuaskan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan penuh Infinity Tranz 700, nantikan video ulasan tidak lama lagi.