Reaksi Awal Black Shark 3s: Kadar Segar Semula Lebih Tinggi

Penghujung April yang lalu kita telah melihat Black Shark 3 masuk ke 'perairan' tempatan ditandai pada harga RM2799. Dua bulan selepas itu, muncul pula versi yang lebih tinggi dikenali sebagai Black Shark 3 Pro.

Mungkin tidak cukup dengan penawaran sedia ada, ia kembali lagi dengan sebuah model dalam siri yang sama, Black Shark 3s. Penawaran kali ini dilihat berada ditengah-tengah antara versi standard dan Pro.

Spesifikasi tinggi sedikit berbanding Black Shark3, tetapi masih tidak mampu menandingi Black Shark 3 Pro.
Apa ada didalam kotak?


  • 1x unit Black Shark 3s

  • 1x unit pengecas 65W

  • 1x unit kabel pengecas USB-C

  • 1x unit sarung pelindung

  • Pelekat Black Shark


Sarung pelindung yang disertakan di dalam kotak hanya melindungi sebahagian panel belakang sahaja. Ini kerana ia memberi ruang kepada fungsi-fungsi seperti kamera belakang dengan modul seperti tiga segi serta pengecasan magnetik disebelah bawah.

Melihat kepada rekaan, tiada langsung perbezaan berbanding model sebelumnya. Mudah kata, ia hanyalah Black Shark 3 yang dinaik taraf sedikit pada beberapa bahagian.

 

Antara perbezaan jelas adalah kadar segar semula 120Hz, serta dua warna baharu iaitu Skyfall Black dan Crystal Blue. Black Shark menyatakan binaan untuk panel kaca belakang mempunyai tekstur berbeza dari model Black Shark 3. Namun kami rasakan, ia masih sama.

Penyediaan kadar segar semula lebih tinggi pada versi kali ini mungkin disebabkan pengeluar tidak mahu ketinggalan dengan pesaing seperti ROG Phone 3. Dua model terdahulu hanya menyokong kadar 90Hz sahaja. Seperkara lagi, tiada kapasiti RAM 8GB untuk pertaruhan kali ini.

Black Shark 3s juga mempunyai versi baru bagi ciri sentuhan tekanan iaitu Master Touch 4.0. Master Touch merupakan ciri yang membolehkan skrin mengesan dua tahap sentuhan berbeza pada kawasan yang sama. Contohnya pada permainan COD Mobile, sentuhan pertama untuk mencari sasaran dan sentuhan lebih kuat sedikit untuk menembak.

Bagi lain-lain spesifikasi, apa yang anda sudah lihat pada Black Shark 3 ada dibawa pada Black Shark 3s. Boleh lihat dibawah:

  • Skrin AMOLED 6.67 inci

  • Snapdragon 865

  • RAM 12GB/128GB dan RAM 12GB/256GB

  • Kamera hadapan 20MP

  • kamera belakang 64MP, 13MP sudut lebar dan 5MP depth.

  • Bateri 4720mAh

  • Pengecasan pantas Hyper Charge 65W


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai reaksi awal kami mengenai Black Shark 3s ini, boleh lihat video Unboxing dibawah

Harga rasmi Black Shark 3s:

  • RM 3199 (128GB)

  • RM 3499 (256GB)


Boleh beli dari Black Shark Malaysia Official Store - https://t.productlink.io/a1429a8

https://www.youtube.com/watch?v=mi34lJ4SwV0&t=415s&ab_channel=WiserMy