Laptop dengan nisbah 3:2 amat kurang di pasaran. Namun kini Acer Malaysia telah membawa masuk laptop dengan nisbah tersebut di bawah siri Spin dikenali sebagai Acer Spin 5.

Laptop Acer Spin 5

Apa ada di dalam kotak?

  • 1 unit Acer Spin 5
  • 1 unit pengecasan 65W

Sebaik membukan kotak anda melihat susunan di dalam kotak Acer Spin 5 adalah sangat kemas dan selamat.

Speksifikasi Acer Spin 5

  • Intel Core i-7 generasi ke-10
  • Bateri Li-ion sebesar 56Wh.
  • Windows 10 Home
  • Skrin LCD 13.5″
  • Skrin resolusi 2K
  • Ram 16 GB + 512 GB SSD
  • Intel Iris Plus Graphics
  • Wifi 6

Rekaan

Seperti mana yang dibincangkan di atas, laptop ini bernisbah 3:2. Dengan nisbah rekaan laptop ini adalah berbentuk ‘petak’.

IKLAN

Acer Spin 5 juga kelihatan nipis dan mudah untuk diletakkan di dalam. Di bahagian papan kekunci, nombor-nombor adalah terletak di bahagian atas untuk mendapat saiz keyboard yang lebih kompleks. Panel trackpad terasa sedikit kasar dan di bahagian hujung kiri pula terletak sensor fingerprint.

Di bahagian kiri laptop ini terdapat lubang pengecasan, 2x Tunderbolt-3, 1x HDMI, 1x USB 3.0 dan 1x micro SD. Bahagian kanan laptop ini tersedianya 1x USB 3.0, Bicu Audio 3.5 mm 2 dalam 1, bateri indicator, pen dan butang kuasa.

Ya, butang untuk hidupkan laptop ini berada di bahagian luar. Ini mungkin agak sedikit janggal bagi sebuah laptop.

Di bahagian belakang hanya terdapat pembesar suara (DTS).

Apa Yang Menarik?

Antara perkara menarik adalah laptop ini mempunyai pen yang boleh digunakan pada skrin Acer Spin 5 ini. Selain itu laptop ini juga boleh lipat sehingga ke bahagian belakang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ACER SPIN 5, ia dijual pada tanda harga bermula RM 5,199 di website rasmi ACER Malaysia.

Video ulasan

Boleh beli Acer Spin 5
Shopee: https://t.productlink.io/a142b4v:
Lazada: https://t.productlink.io/a142b4w