Razer Toaster Bakal Menjadi Realiti

Asalnya hanya dari jenaka April Fool. Tetapi kini ia bakal menjadi realiti.


Pembakar roti Razer (Razer Toaster) pada asalnya hanyalah satu bentuk cabaran yang diberikan kepada CEO Razer pada 2013.

Tetapi kini, jenaka tersebut bakal menjadi kenyataan. Min-Liang Tan, CEO Razer telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan Razer Toaster tersebut.

Ia berikutan janji yang dibuat beliau sebelum ini. Berikut adalah petikan status beliau yang diposkan di laman Facebook rasmi milik beliau pada 29 April lepas;

Alright - I didn't think these guys were going to make it - but they did. It was to hit 1M likes and with each Razer Toaster tattoo being equivalent to 100K likes each....and they now have 12 Razer Toaster tattoos.

Well....what can I say. I've just officially liked their page - and I'm going to put together my team of designers and engineers. It will take a few years - but I'll be sure to share the progress - and make it a community affair."

Jadi, sah Razer Toaster akan dibangunkan. Cuma kipas susah mati Razer dan peminat roti bakar kenalah tunggu beberapa tahun lagi sebelum Razer Toaster berjaya dihasilkan.

Pihak Razer pada 2016 sendiri pernah menghasilkan satu video promosi olok-olok berkaitan pembakar roti mereka sempena hari April Fool pada 2016 dahulu.

https://www.youtube.com/watch?v=yA4E1WpxjFE

Sumber: Slash Gear