Razer Sila, Router Gaming Untuk Gamers Oleh Razer

Razer sebagai jenama gaming yang tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi kini telah mempunyai produk router mereka sendiri. Diberi nama Razer Sila, router ini dijangka dapat memberikan prestasi yang mengkagumkan kepada pengguna mereka.

Router tri-band ini menawarkan 3 saluran:

  • 802. 11n 2.4GHz dengan kelajuan sehingga 400Mbps.

  • 802. 11ac 5GHz dengan kelajuan sehingga 1,733Mbps.

  • 802. 11ac 5GHz dengan kelajuan sehingga 866 Mbps.


Dilengkapi dengan enjin dipanggil "FasTrack" QoS, ia diharap dapat membantu router mengenal pasti permainan yang dimainkan pengguna dan membekalkan sumber data yang lebih kepada jenis permainan dan pada masa yang sama, mengekalkan sambungan data kepada peranti-peranti lain di dalam kawasan tersebut.



Untuk kawasan yang lebih besar, beberapa unit Razer Sila boleh ditetapkan dalam rangkaian mesh sehingga 6000 kaki persegi. Untuk sambungan wayar, Razer Sila membekalkan tiga port LAN, satu port WAN, USB 2.0 dan juga satu USB 3.0.

Peranti ini sudah boleh didapati mulai 3 Oktober dan akan dijual dengan harga RM 1,249.00

Sumber: engadget, PC Gamer