Razer Phone 3 Dikhabarkan Akan Hadir Tahun Ini

Sebelum ini ada ada dilaporkan mengenai Razer Phone 3 berkemungkin besar tidak akan dibangunkan.

Spekulasi ini mula dilaporkan lanjutan dari pengumuman penamatan Razer Game Store dan turut dilaporkan, Razer mengurangkan kakitangan syarikat yang kebanyakkannya terlibat dalam pembangunan Razer Phone dan Razer Phone 2.

Laporan dari Digitimes pula menyatakan sebaliknya, dimana Razer Phone 3 diperkatakan akan tampil dilancarkan. Tarikh sebenar masih belum diketahui tetapi ia diramal hadir tahun ini.

Khabar angin ini mungkin ada benarnya kerana jika dilihat ketika ini, pengguna semakin terarah kepada peranti yang memfokuskan permainan.

Sumber: DigiTimes