Razer Phone 2 Terlihat Di Antutu, Menggunakan Cip Snapdragon 845

Kehadiran Razer Phone 2 sudah mula dibualkan sejak awal Ogos yang lalu dimana a telah didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Razer Global, Chen Xiaoping pada acara ChinaJoy 2018 yang lalu.

Seterusnya ia pula disahkan dari laporan penyata kewangan syarikat bagi separuh pertama tahun ini.

Terkini, peranti berkenaan dikenalpasti muncul dalam Antutu Benchmark dan ia sedikit sebanyak memperlihatkan spesifikasi yang dibawa.



Berdasarkan senarai dari Antutu, Razer Phone 2 dilihat menggunapakai cip pemprosesan Snapdragon 845. Komponen lain yang boleh dilihat adalah memori RAM 8GB diiringi dengan storan bersaiz 512GB.

Resolusi paparan adalah 2560×1440 piksel. Kelihatan juga Android 8.1.0 akan dijalankan oleh peranti ini dan mungkin tidak banyak perubahan dalaman diberikan pada model baru ini.

Walaupunbegitu, Razer Phone 2 dikatakan diberi nafas baru menerusi rekaan yang berbeza dari model terdahulu. Ia juga mungkin akan menggunakan sistem pencahayaan Chrome LED syarikat terbabit.

Sumber: Ubergizmo