Razer Phone 2 hadir bersama reka bentuk hampir serupa dengan keluaran terdahulu tetapi dengan panel kaca dan bingkai aluminium.
Menyerikan lagi panel belakang adalah ciri LED Razer Chroma yang membuatkan logo Razer berubah warna mengikut citarasa pengguna.
Antara spesfikasi tawaran Razer pada peranti ini adalah skrin paparan 5.7 inci IPS LCD dengan kadar penyegaran skrin paparan 120Hz, Snapdragon 845 (2.8GHz), RAM 8GB, storan dalaman 64GB, teknologi penyejukan wap, pensijilan IP 67, bateri berkapasiti 4000mAh disertakan dengan pengecasan Qualcomm Quickcharge 4 (0%-50% dalam masa 30 minit) juga sokongan pengecasan tanpa wayar, dan dwi pembesar suara stereo talaan hadapan.
Sistem kamera pula, Razer Phone 2 ini dilengkapi dengan kamera utama dwi-lensa 12MP f/1.75 + 12MP f/2.6 manakala kamera hadapan pula 8MP.
Harga untuk pasaran tempatan diletakkan pada nilai RM 3449 di semua pengedar sah Razer. Selain itu, anda juga boleh dapatkannya secara kontrak menerusi UMobile atau Maxis.
Berkaitan
- Snapdragon 865 Dijangka 20% Lebih Pantas Berbanding Snapdragon 855 Plus
- Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat
- Lebih Banyak Pengecas Kenderaan Elektrik Akan Ditawarkan Di Stesen Petronas Bermula 2022
- iPad Tanpa Butang Home Dan Dilengkapi Dengan FaceID Bakal Dilancar Pada 2018
- Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei
- Akibat Mahu Memeriksa Ketulenan Bateri iPhone, Lelaki Ini Mengigitnya Lalu Menyebabkan Letupan
- Razer Phone 2 Terlihat Di Antutu, Menggunakan Cip Snapdragon 845
- Twitter: Jumlah Tweet Digandakan Kepada 280 Aksara Dan Paparan Nama Kini Mencapai 50 Aksara
- HP Lancarkan Omen 15, Laptop Permainan Pertama Dengan Paparan 240Hz
- MWC 2017 | Samsung SSD Power Pack, Gabungan Antara Storan Mudah Alih Serta Power Bank