Razer Phone 2 Diperkenalkan - Menjadi Peranti Menfokuskan Permainan Mudah Alih Dengan Ciri Flagship

Ketika Asus baru sahaja mengumumkan tarikh ketibaan model Asus ROG Phone mereka ke Malaysia semalam, Razer pula memperkenalkan peranti Razer Phone 2 secara rasmi sebentar tadi.

Menariknya, Razer mendakwa peranti kedua mereka ini bukan sekadar sebuah peranti menfokuskan permainan video, malah ia turut mempunyai ciri-ciri flagship seperti yang berada di luar sana.

Kapsyen: Kredit : Android Central


Dilihat dari luarannya, tidak banyak perbezaan ketara yang ditemui berbanding dengan model yang terdahulu. Namun, panel belakang Razer Phone 2 kali ini dibina menggunakan kaca manakala bingkainya pula dibina dari aluminium.

Satu lagi perkara menarik mengenai panel belakang peranti ini ialah kehadiran panel LED Razer Chroma. Ia sekaligus membolehkan warna pengcahayaan pada logo Razer diubah mengikut kesesuaian pengguna.



Bagi skrin paparan pula, Razer masih mengekalkan skrin bersaiz 5.7-inci IPS LCD beresolusi QHD HDR dengan refresh rate 120Hz.

Bagi sistem kamera pula, Razer Phone 2 ini dilengkapi dengan kamera utama dwi-lensa 12MP f/1.75 + 12MP f/2.6 manakala kamera hadapan pula

Seperti dijangka, ia hadir dengan sistem cip Snapdragon 845 dengan kepantasan pada 2.8GHz serta cip grafik Adreno 630. Bagi mengekalkan suhu pada tahap optimum, Razer telah memasang teknologi penyejukan wap yang turut digunakan pada laptop Blade 15-nya.



Tambahan pula, ia dilengkapi dengan memori 8GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh untuk memberikan kepuasan kepada pemain. Peranti ini juga menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4+ disamping boleh dicas semula secara tanpa wayar.

Buat masa ini, ia akan hadir dengan sistem Android 8.1 Oreo dari dalam kotak. Namun, Razer mengesahkan bahawa ia akan menerima kemaskini Android Pie tidak lama lagi.

Razer Phone 2 ini ditawarkan pada harga $799(~RM3,323) dan mempunyai dua pilihan variasi iaitu versi hitam berkilat dan hitam Satin.

 

Sumber : Engadget