Razer Perkenal Sarung Pelindung Dengan Teknologi Penyejukan Untuk Siri Galaxy Note 20

Jika telefon pintar diguna secara berterusan terutamanya ketika memainkan permainan mudah alih, suhu peranti mungkin akan meningkat. Kini, Razer telah memperkenalkan Razer Arctech Pro, iaitu aksesori sarung pelindung dengan teknologi penyejukan Thermaphene.



Menerusi teknologi penyejukan Thermaphene, ia berkebolehan menyalurkan haba keluar daripada peranti. Selain itu, sarung pelindung ini juga dapat menghindari panel belakang peranti daripada calar serta melindungi peranti daripada hentakan ketika jatuh.



Terdapat juga lapisan anti-bakteria di bahagian luar sarung pelindung bagi mencegah pertumbuhan bakteria. Sarung pelindung Arctech Pro turut hadir dengan jaminan 2 tahun.

Razer Arctech Pro ditawarkan untuk Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Note 20 Ultra pada harga $44.99 (~RM188).

Sumber: Razer